description

Apa yang kita dapat dengan mudah, bukan kekal lama. Apa yang kekal lama, bukan mudah nak dapat.

Pemilik

Pemilik

description 2

If you really love something, set it free. If it come back to you, it's yours. If not it wasn't meant to be.

Saturday, 9 January 2016

Mee Udang Si Dewi

Sebabkan tetiba terasa nak makan mee udang so kita kongsi resepi mee udang jelah yaw :) Selamat mencuba!

Bahan bahan:

6 ekor udang besar
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah atau tomato puree
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa 
sos tomato
sos cili

Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur

Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.

Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato puree hingga halus. Tomato segar pon boleh digunakan.

Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.  

Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa. 

Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.

Ni mee udang Mak Jah Kuala Sepetang yang femes amous tu.

Tapi resepi tu si Dewi ni pandai memandai campak je adaptasi dari rasa lepas cuba yang Mak Jah tu. Hehe. Moga sama lah ye. Sedap hingga menjilat jari kaki tau :D Ada resepi nanti si Dewi kongsi lagi nanti okayy! Cuba jangan tak cuba tau tau tau!

Thursday, 7 January 2016

Kisah Babi

Haa. Tengah scroll timeline twitter tadi tiba- tiba terjumpa la satu gambar yang penuh kontroversi ni. Cepat-cepat save, post dalam group whatsapp rumah sewa. Menggelepor semua. Haha.


Ha ni dia. Ada la dua tiga orang budak rumah sewa yang guna sabun ni. Zaman sekarang semua nak ada babi. Susah lah nak cakap pasal babi ni kan.  Haha. Babi? Mana datang? Pernah terbaca satu entri pasal asal usul babi ni. Sekadar perkongsian, tapi tak tahu la sejauh mana kebenarannya ye. Segala yang diciptakan di bumi pasti ada sebabnya dan kita sebagai manusia yang diberikan akal olehNya untuk memahami setiap satu penciptaan sesuatu itu.

Kisahnya bermula ketika kapal Nabi Nuh masih berada di atas air ekoran peristiwa banjir besar yang melanda. Kapal masih belayar tanpa tau kemana arah tuju. Tujuan pelayaran hanya untuk menyelamatkan diri dari bencana. Malangnya, segala kotoran yang dibuang oleh para binatang membuatkan keadaan kapal tidak begitu menyelesakan untuk didiami dan banyak menimbulkan penyakit bagi mereka yang didalamnya. Maka Nabi Nuh bermohon kepada Allah SWT agar dibukakan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. 

Selepas itu, Jibril diperintahkan untuk menemui Nabi Nuh dan memerintahkannya untuk mengusap dahibseekor gajah. Setelah itu, Nabi Nuh mengusap dahi seekor gajah yang ada didepannya. Dengan kuasa Allah SWT, maka keluarlah sepasang babi dari belalai gajah itu. Semua isi kapal kehairanan menyaksikan kejadian itu. Tanpa berlengah, pasangan babi itulah yang menyapu semua kotoran di dalam kapal tersebut kerana demikianlah makanan mereka. Maka dengan itu selesailah permasalahan kebersihan kapal itu.

Setiap sesuatu yang diciptakan pasti ada hikmahnya. Baik atau buruk sesuatu itu bergantung kepada manusia ini yang dikurniakan akal fikiran untuk menguruskan segala yang diciptakan di bumi ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dariNya, yang lemah itu datang dari Si Dewi sendiri ya :) Salam Jumaat!

Permulaan

Dah tiga tahun. Berhenti menulis. Tahun baru, terasa nak menulis kisah hidup baru. Kenapa? Saja. Sekadar mengisi masa terluang. Bosan? Jangan baca. Sudah kuberi amaran bukan? Jangan menyesal :) Aku siapa? Kenali aku si Dewi. Sekarang tahun ke-empat. Jurusan kejuruteraan marin universiti tempatan. Tinggal lagi satu sem saja lagi. Berusahalah ya. Biar berbaloi sikit empat tahun tu. Road to graduation day pray for me! Lastly, ayat klise, 2016 please be nice to me :)