description

Apa yang kita dapat dengan mudah, bukan kekal lama. Apa yang kekal lama, bukan mudah nak dapat.

Pemilik

Pemilik

description 2

If you really love something, set it free. If it come back to you, it's yours. If not it wasn't meant to be.

Saturday, 9 January 2016

Mee Udang Si Dewi

Sebabkan tetiba terasa nak makan mee udang so kita kongsi resepi mee udang jelah yaw :) Selamat mencuba!

Bahan bahan:

6 ekor udang besar
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah atau tomato puree
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa 
sos tomato
sos cili

Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur

Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.

Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato puree hingga halus. Tomato segar pon boleh digunakan.

Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.  

Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa. 

Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.

Ni mee udang Mak Jah Kuala Sepetang yang femes amous tu.

Tapi resepi tu si Dewi ni pandai memandai campak je adaptasi dari rasa lepas cuba yang Mak Jah tu. Hehe. Moga sama lah ye. Sedap hingga menjilat jari kaki tau :D Ada resepi nanti si Dewi kongsi lagi nanti okayy! Cuba jangan tak cuba tau tau tau!

No comments:

Post a Comment