description

Apa yang kita dapat dengan mudah, bukan kekal lama. Apa yang kekal lama, bukan mudah nak dapat.

Pemilik

Pemilik

description 2

If you really love something, set it free. If it come back to you, it's yours. If not it wasn't meant to be.

Tuesday, 28 June 2016

Penganggur Terhormat

Unofficially graduate. Duduk rumah goyang kaki. Puasa pulak, memang melepek kat rumah saja la jawabnya.
Puas rasanya bercuti. Dah tak payah pi kelas, buat assignment, hadam En Samsol, fikir FYP.
Ya Allah, lega rasanya. Nikmat dunia. La ni lega lagi la, nanti mulalah rindu tu.
Biasa la, setiap yang datang akan tinggal kenangan. Pahit manis tu, kita yang gubahnya.
 Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru ja jejak kat MIMET tu, tengok-tengok dah habis degree weh !! Walaweh! 4 tahun weh!! Weh!! Thesis pon dah submit tau :D


Eksaited ah dah habis, tapi dalam kepala ya Rabbi, Tuhan saja yang tauu, macam benda dok risau, konon dah habis study nak kerja. Tapi hmm. Kalau ada orang bagi kerja bolehlah kerja, kalau takdak? Ha menganga sampai tua. Tapi takpa, rezeki masing-masing dah tertulis, usaha ja dulu, ada la rezeki tu nanti :)

So, dah tak berkerjaya ni memang meraban kat sini jelah kan. Twitter? Bosanlah. Facebook? Dah lama deactivate atas sebab peribadi. Hm twitter tu pon tunggu masa sajalah kan. Rasa macam nak menulis, tapi tak ada benda menarik untuk ditulis. So merapu sahaja dulu, nanti kita tulis. Dah la tu, Okbye!

No comments:

Post a Comment