Haa. Tengah scroll timeline twitter tadi tiba- tiba terjumpa la satu gambar yang penuh kontroversi ni. Cepat-cepat save, post dalam group whatsapp rumah sewa. Menggelepor semua. Haha.
Ha ni dia. Ada la dua tiga orang budak rumah sewa yang guna sabun ni. Zaman sekarang semua nak ada babi. Susah lah nak cakap pasal babi ni kan. Haha. Babi? Mana datang? Pernah terbaca satu entri pasal asal usul babi ni. Sekadar perkongsian, tapi tak tahu la sejauh mana kebenarannya ye. Segala yang diciptakan di bumi pasti ada sebabnya dan kita sebagai manusia yang diberikan akal olehNya untuk memahami setiap satu penciptaan sesuatu itu.
Kisahnya bermula ketika kapal Nabi Nuh masih berada di atas air ekoran peristiwa banjir besar yang melanda. Kapal masih belayar tanpa tau kemana arah tuju. Tujuan pelayaran hanya untuk menyelamatkan diri dari bencana. Malangnya, segala kotoran yang dibuang oleh para binatang membuatkan keadaan kapal tidak begitu menyelesakan untuk didiami dan banyak menimbulkan penyakit bagi mereka yang didalamnya. Maka Nabi Nuh bermohon kepada Allah SWT agar dibukakan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut.
Selepas itu, Jibril diperintahkan untuk menemui Nabi Nuh dan memerintahkannya untuk mengusap dahibseekor gajah. Setelah itu, Nabi Nuh mengusap dahi seekor gajah yang ada didepannya. Dengan kuasa Allah SWT, maka keluarlah sepasang babi dari belalai gajah itu. Semua isi kapal kehairanan menyaksikan kejadian itu. Tanpa berlengah, pasangan babi itulah yang menyapu semua kotoran di dalam kapal tersebut kerana demikianlah makanan mereka. Maka dengan itu selesailah permasalahan kebersihan kapal itu.
Setiap sesuatu yang diciptakan pasti ada hikmahnya. Baik atau buruk sesuatu itu bergantung kepada manusia ini yang dikurniakan akal fikiran untuk menguruskan segala yang diciptakan di bumi ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dariNya, yang lemah itu datang dari Si Dewi sendiri ya :) Salam Jumaat!
No comments:
Post a Comment