description

Apa yang kita dapat dengan mudah, bukan kekal lama. Apa yang kekal lama, bukan mudah nak dapat.

Pemilik

Pemilik

description 2

If you really love something, set it free. If it come back to you, it's yours. If not it wasn't meant to be.

Saturday, 26 November 2016

CONTOH SOALAN ONLINE EXAM PTD M41 NOV 2016 (SEKSYEN A)

Hi,
Lama kan tak tulis :) Saja Ai nak share sebab baru ni Ai dipanggil untuk jawab exam online utk Pegawai Tadbir Diplomati Gred M41 (PTD). Ai pon tak sure bila Ai apply, tetiba dapat mesej untuk exam ni. Rezeki kan, tak salah kalau cuba, dapat ke tak tu belakang kira. So, dah jawab tu Ai nak share lah sikit kan koleksi soalan yang ditanya time exam tu.  Soalan takdalah susah kalau memang prepare, tapi masa yang diberi memang tak cukup ! Jawapan nanti Ai upload kemudian okay. Ada dua seksyen tau. yang ni untuk Seksyen A je tau. Okay goodluck semua ya :)



1. Faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelaburan asing dalam negara adalah
I . keadaan politik dan ekonomi yang stabil
II . peningkatan kos infrastruktur
III . kapasiti modal insan yang berkemahiran
IV . dasar-dasar pelaburan kerajaan yang liberal
A ) I, ll dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

2. Badan yang menjalankan kuasa eksekutif dan bertindak sebagai badan penyelaras utama di peringkat negeri ialah
A ) Menteri Besar.
B ) Ketua Menteri.
C ) Majlis Mesyuarat Kerajaan.
D ) Setiausaha Kerajaan Negeri.

3. Antara negara ASEAN berikut manakah yang masih belum melaksanakan GST?
A ) Laos
B ) Filipina
C ) Vietnam
D ) Myanmar

4. Pilih agensi yang bukan di bawah tanggungjawab KPDNKK
A ) Bank Rakyat.
B ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
C ) Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
D ) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.

5. Pilih agensi yang bukan di bawah tanggungjawab KPDNKK
A ) Bank Rakyat.
B ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
C ) Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
D ) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.

6. Pusat Sehenti Usahawan Wilayah diwujudkan untuk membolehkan usahawan mendapat sokongan dan bantuan di bawah satu bumbung. Antara berikut yang manakah Organisasi Pembangunan Usahawan (EDO) dan Organisasi Pembangunan Industri (IDO) yang ditempatkan di pusat sehenti ini?
I . Majlis Amanah Rakyat
II . SME Bank
III . Bank Rakyat
IV . Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

7. Pusat Sehenti Usahawan Wilayah diwujudkan untuk membolehkan usahawan mendapat sokongan dan bantuan di bawah satu bumbung. Antara berikut yang manakah Organisasi Pembangunan Usahawan (EDO) dan Organisasi Pembangunan Industri (IDO) yang ditempatkan di pusat sehenti ini?
I . Majlis Amanah Rakyat
II . SME Bank
III . Bank Rakyat
IV . Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

8. Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali
A ) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
B ) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
C ) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
D ) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.

9. Berikut adalah negara-negara yang menandatangani Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 kecuali
A ) Indonesia
B ) Filipina
C ) Singapura
D ) Brunei

10. Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang mestilah melalui susunan tahap-tahap berikut
A ) Peringkat Jawatankuasa, Bacaan Pertama, Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga.
B ) Bacaan Pertama, Peringkat Jawatankuasa, Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga.
C ) Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Bacaan Ketiga dan Peringkat Jawatankuasa.
D ) Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan Bacaan Ketiga.

11. Tapak Ramsar berkepentingan bagi konservasi burung air dan tanah lembap. Manakah antara berikut kawasan yang diwartakan sebagai Tapak Ramsar?
I . Tapak Ramsar Sungai Pulai, Johor
II . Tapak Ramsar Tasek Bera, Pahang
III . Tapak Ramsar Pulau Kukup, Johor
IV . Tapak Ramsar Pulau Jerjak, Pulau Pinang
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

12. Isu-isu berikut adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kecuali
A ) pembangunan komuniti setempat.
B ) hak dan tuntutan pembeli rumah.
C ) pelaksanaan konsep kejiranan hijau.
D ) pembangunan fasiliti kawasan luar bandar.

13. Perkara-perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan ialah
I . pengangkutan
II . perhutanan
III . perkapalan
IV . pertahanan
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

14. Negeri manakah yang menjadi tempat pendaratan pertama di Tanah Melayu oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua?
A ) Perlis.
B ) Perak.
C ) Kedah.
D ) Kelantan

15. Di antara intipati Perjanjian Penubuhan Malaysia ialah
I . Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
II . Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi penuh dalam pentadbiran negeri.
III . Kuasa kawalan imigresen diberikan kepada Sabah dan Sarawak.
IV . Meliputi Malaya, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
A ) I dan III
B ) I dan IV
C ) II dan III
D ) II dan IV

16. Pilih pernyataan yang benar mengenai Kabinet di Malaysia.
I . Kabinet merupakan sebuah badan pemerintah
II . Dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh jentera pentadbiran negara
III . Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang juga Ahli Dewan Negara
IV . Kabinet berfungsi menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong
A ) I dan III
B ) II dan IV
C ) I, II dan III
D ) I, II dan IV

17. Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli berdasarkan kategori berikut
A ) 35 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 35 ahli melalui pengundian oleh Negeri.
B ) 57 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 13 ahli melalui pengundian oleh Negeri.
C ) 50 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 20 ahli melalui pengundian oleh Negeri.
D ) 44 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 26 ahli melalui pengundian oleh Negeri.

18. Berikut merupakan contoh-contoh Perlembagaan Bertulis kecuali
A ) Undang-undang Adat.
B ) Undang-undang Islam.
C ) Perundangan Subsidiari.
D ) Perlembagaan Persekutuan.

19. Berikut merupakan ciri-ciri keselamatan maklumat kecuali
A ) integriti.
B ) privasi.
C ) kerahsiaan.
D ) ketersediaan.

20. Malaysia pernah menjadi pengerusi bagi pertubuhan antarabangsa berikut kecuali
A ) Persidangan Negara-negara Islam.
B ) Pertubuhan Negara-negara Berkecuali.
C ) Pertubuhan Negara-negara Komanwel.
D ) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara.

21. Apakah kesan Perjanjian British dan Belanda 1824 kepada pengaruh penjajahan Barat di Asia Tenggara?
I . Perpecahan Empayar Johor - Riau
II . Siam tidak dijajah oleh kuasa Barat
III . Kepulauan Melayu dipecahkan mengikut kuasa British dan Belanda
IV . Pembahagian Kepualauan Melayu kepada pengaruh British dan Perancis
A ) I dan II
B ) I dan III
C ) II dan IV
D ) III dan IV

22. Manakah antara berikut merupakan kemudahan ameniti sosial?
A ) Rumah teres
B ) Perhentian bas
C ) Kebun buah-buahan
D ) Pusat membeli belah

23. Apakah pendirian ASEAN yang menjadi asas kepada kestabilan geopolitik dan ekonomi rantau berkenaan?
A ) Mewujudkan blok keselamatan rantau Asia Tenggara
B ) Meningkatkan kerjasama perdagangan di kalangan anggotanya
C ) Mewujudkan pasaran tunggal dan asas pengeluaran dengan aliran bebas
D ) Menolak kekerasan dan menggalakkan penyelesaian konflik secara aman

24. Hari Sukan Negara ialah acara tahunan yang disambut pada hari Sabtu
A ) minggu pertama bulan Oktober.
B ) minggu kedua bulan Oktober.
C ) minggu ketiga bulan Oktober.
D ) minggu keempat bulan Oktober.

25. Manakah antara berikut tidak benar mengenai Yang di-Pertuan Agong?
A ) Gelaran rasmi Ketua Utama Negara
B ) Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
C ) Dipilih secara bergilir di kalangan pemimpin negeri
D ) Melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri

26. Wakil kerajaan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva dikenali sebagai
A ) Pesuruhjaya Tinggi.
B ) Perwakilan Tetap.
C ) Konsul Jeneral.
D ) Duta.

27. Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada
A ) Perak, Selangor, Pahang dan Melaka.
B ) Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor.
C ) Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
D ) Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

28. Simbol bulatan pada logo olimpik melambangkan
A ) penyatuan.
B ) jumlah benua.
C ) keharmonian.
D ) semangat kesukanan.

29. Taman Negara Gunung Tahan terletak di sempadan antara negeri
I . Pahang
II . Kelantan
III . Terengganu
IV . Perak
A ) I dan II
B ) I dan IV
C ) II dan III
D ) I, II dan III

30. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan. Perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah
I . Pengurusan Kesihatan Kanak-kanak.
II . Saringan kanser reproduktif.
III . Ujian makmal kesuburan.
IV . Perkhidmatan perancang keluarga.
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

31. Negara yang tidak menganggotai Komanwel ialah
A ) India.
B ) Filipina.
C ) Singapura.
D ) Bangladesh

32. Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) dilaksanakan dengan beberapa objektif seperti berikut kecuali
A ) menghapuskan diskriminasi terhadap golongan OKU.
B ) mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.
C ) memastikan golongan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama.
D ) memberi bantuan sebagai sara hidup kepada golongan OKU yang dikenalpasti.

33. Siapakah yang mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman?
A ) Peguam Negara
B ) Perdana Menteri
C ) Yang di-Pertuan Agong
D ) Yang di-Pertua Dewan Negara

34. Berikut merupakan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kecuali
A ) Perkapalan dan Pelayaran.
B ) Pertanian dan Perhutanan.
C ) Perdagangan dan Perusahaan.
D ) Perhubungan dan Pengangkutan.

35. Apakah kemuncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa?
A ) Gunung Tahan
B ) Gunung Stong
C ) Gunung Korbu
D ) Gunung Gayong

36. Yang manakah bukan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?
A ) mengurangkan kadar jenayah
B ) menambah baik pengangkutan awam
C ) meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
D ) meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan

37. Kegunaan rizab negara adalah sebagai simpanan untuk
A ) membiayai bencana alam.
B ) menanggung hutang kerajaan.
C ) membiayai projek pembangunan.
D ) menanggung defisit imbangan bayaran.

38. Kluster perkhidmatan yang tidak ditawarkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) ialah
A ) Utiliti.
B ) Kesihatan.
C ) Pelancongan.
D ) Pembangunan Belia

39. Kluster perkhidmatan yang tidak ditawarkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) ialah
A ) Utiliti.
B ) Kesihatan.
C ) Pelancongan.
D ) Pembangunan Belia.

40. Sebuah komputer yang diserang oleh virus, cecacing atau trojan mempunyai tanda-tanda berikut
I . ingatan utama melebihi dari jangkaan.
II . perubahan pada sistem.
III . program dan fail sedia ada hilang.
IV . fail menjadi korup.
A ) I dan II
B ) III dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III, dan IV

41. Kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi dengan kaedah berikut kecuali 
A ) kuatkuasa undang-undang.
B ) penganugerahan taraf.
C ) percantuman wilayah.
D ) pendaftaran.

42. Antara program-program perumahan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan adalah
I . Program Bantuan Rumah
II . Perumahan Rakyat 1Malaysia
III . Skim Rumah Insan Amanjaya
IV . Rumah Mesra Rakyat
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

43. Dokumen yang tidak dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia ialah
A ) Pasport Malaysia.
B ) Sijil Akuan Pengenalan.
C ) Sijil Kewarganegaraan.
D ) Pasport Perjalanan Berkumpulan.

44. Siapakah atlet pertama negara yang memenangi pingat emas Sukan Paralimpik?
A ) Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
B ) Muhammad Ziyad Zolkefli
C ) Siti Noor Radiah Ismail
D ) Abdul Latif Ramly

45. Antara berikut manakah yang dikenakan GST?
A ) Pengangkutan awam
B ) Perkhidmatan pendidikan
C ) Penyewaan hartanah pertanian
D ) Pembelian tanah untuk tujuan pelaburan

46. Apakah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang berfungsi mempromosi pelaburan dalam negara?
A ) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
B ) Malaysian Industrial Development Finance Berhad
C ) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
D ) Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia

47. Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) menjadi saluran Malaysia untuk membangunkan keupayaan pertahanan dengan bantuan negara-negara rakan. Berikut merupakan negara-negara yang menganggotai FPDA kecuali
A ) Australia.
B ) Singapura.
C ) Indonesia.
D ) United Kingdom.

48. Apakah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang berfungsi mempromosi pelaburan dalam negara?
A ) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
B ) Malaysian Industrial Development Finance Berhad
C ) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
D ) Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia

49. Yang manakah bukan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?
A ) mengurangkan kadar jenayah
B ) menambah baik pengangkutan awam
C ) meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
D ) meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan

50. Negara yang tidak menganggotai Komanwel ialah
A ) India.
B ) Filipina.
C ) Singapura.
D ) Bangladesh

TO BE CONTINUED........


Tuesday, 20 September 2016

BUAT DUIT ATAS KERUSI

Nah. Ni dia. Sekarang ni memang penganggur terhormat. So memang banyaklah masa kan nak belek internet. Hmm. Cari kerja. Kemain susah nau sekarang ni. So mai nak cerita sikit lah cara mudah buat duit ni, tapi kena la rajin sikit belek. Tak susah pon, flexible time, boleh buat dimana saja. Sambil jaga anak boleh, sambil minum boleh, sambil makan boleh, sambil drive jangan tau! Ni bukan MLM, bukan ToneExcel dan bukan juga Forex tau. Hehe. Ha kerja dia jawab survey! Tak payah jual produk, tak payah promote penuh-penuh kat wall fesbuk, tak payah post banyak-banya kat semua pelusuk sosial media. Cuma perlu rajin baca dan jawab apa yang ditanya. Tapi sebelum tu, make sure ada akaun paypal tau baru senang nak redeem cash tu nanti. Nanti Ai ajaq hampa semua buat akaun paypal tu naa. Entri kali ni nak cerita macam mana boleh buat duit atas kerusi sambil goyang kaki minum kopi. Ni dia. Ikut ja step ni. Jangan risau, link ni selamat. Kompom !! Takda virus! kalau ada boleh komen terus kat entry cik Ai ni okay :)

STEP 1 : MESTILAH KENA REGISTER :)


STEP 2 :TEKAN 'CREATE A NEW ACCOUNT' MASUKKAN SEMUA DETAIL, LEPASTU TEKAN 'AGREE'

STEP 3 : LEPAS TU MASUKKAN 'CONTACT INFO' DENGAN 'PERSONAL INFO'

STEP 4: YEAYY DAH COMPLETE REGISTERATION TU MAKNANYA DAH BOLEH MASUK AKAUN SENDIRI DAN EXPLORE !! :)

STEP 5 : DAH FAHAM BOLEHLAH START JAWAB SURVEY UNTUK KUMPUL MATA

STEP 6 : MATA TU BOLEH REDEEM JADI CASH TERUS MASUK KE AKAUN SENDIRI TAU!

KELEBIHAN IPANELONLINE SURVEY

TAK PERLU MODAL

TAK PERLU PROMOTE PENUH WALL DAN GROUP KAT FACEBOOK

TAK PERLU STRESS LAYAN CUSTOMER YANG TANYA MACAM-MACAM HEHE :D

YANG PENTING IKUT MASA KITA, TEMPAT KITA, CARA KITA

Ha. Mudah kan. Tak susah pon :) Boleh jugak tambah side income dan info yang boleh digunapakai untuk masa depan :)
Nanti lah cerita panjang lagi ya. Bye !




Tuesday, 28 June 2016

Penganggur Terhormat

Unofficially graduate. Duduk rumah goyang kaki. Puasa pulak, memang melepek kat rumah saja la jawabnya.
Puas rasanya bercuti. Dah tak payah pi kelas, buat assignment, hadam En Samsol, fikir FYP.
Ya Allah, lega rasanya. Nikmat dunia. La ni lega lagi la, nanti mulalah rindu tu.
Biasa la, setiap yang datang akan tinggal kenangan. Pahit manis tu, kita yang gubahnya.
 Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru ja jejak kat MIMET tu, tengok-tengok dah habis degree weh !! Walaweh! 4 tahun weh!! Weh!! Thesis pon dah submit tau :D


Eksaited ah dah habis, tapi dalam kepala ya Rabbi, Tuhan saja yang tauu, macam benda dok risau, konon dah habis study nak kerja. Tapi hmm. Kalau ada orang bagi kerja bolehlah kerja, kalau takdak? Ha menganga sampai tua. Tapi takpa, rezeki masing-masing dah tertulis, usaha ja dulu, ada la rezeki tu nanti :)

So, dah tak berkerjaya ni memang meraban kat sini jelah kan. Twitter? Bosanlah. Facebook? Dah lama deactivate atas sebab peribadi. Hm twitter tu pon tunggu masa sajalah kan. Rasa macam nak menulis, tapi tak ada benda menarik untuk ditulis. So merapu sahaja dulu, nanti kita tulis. Dah la tu, Okbye!

Saturday, 9 January 2016

Mee Udang Si Dewi

Sebabkan tetiba terasa nak makan mee udang so kita kongsi resepi mee udang jelah yaw :) Selamat mencuba!

Bahan bahan:

6 ekor udang besar
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah atau tomato puree
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa 
sos tomato
sos cili

Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur

Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.

Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato puree hingga halus. Tomato segar pon boleh digunakan.

Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.  

Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa. 

Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.

Ni mee udang Mak Jah Kuala Sepetang yang femes amous tu.

Tapi resepi tu si Dewi ni pandai memandai campak je adaptasi dari rasa lepas cuba yang Mak Jah tu. Hehe. Moga sama lah ye. Sedap hingga menjilat jari kaki tau :D Ada resepi nanti si Dewi kongsi lagi nanti okayy! Cuba jangan tak cuba tau tau tau!

Thursday, 7 January 2016

Kisah Babi

Haa. Tengah scroll timeline twitter tadi tiba- tiba terjumpa la satu gambar yang penuh kontroversi ni. Cepat-cepat save, post dalam group whatsapp rumah sewa. Menggelepor semua. Haha.


Ha ni dia. Ada la dua tiga orang budak rumah sewa yang guna sabun ni. Zaman sekarang semua nak ada babi. Susah lah nak cakap pasal babi ni kan.  Haha. Babi? Mana datang? Pernah terbaca satu entri pasal asal usul babi ni. Sekadar perkongsian, tapi tak tahu la sejauh mana kebenarannya ye. Segala yang diciptakan di bumi pasti ada sebabnya dan kita sebagai manusia yang diberikan akal olehNya untuk memahami setiap satu penciptaan sesuatu itu.

Kisahnya bermula ketika kapal Nabi Nuh masih berada di atas air ekoran peristiwa banjir besar yang melanda. Kapal masih belayar tanpa tau kemana arah tuju. Tujuan pelayaran hanya untuk menyelamatkan diri dari bencana. Malangnya, segala kotoran yang dibuang oleh para binatang membuatkan keadaan kapal tidak begitu menyelesakan untuk didiami dan banyak menimbulkan penyakit bagi mereka yang didalamnya. Maka Nabi Nuh bermohon kepada Allah SWT agar dibukakan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. 

Selepas itu, Jibril diperintahkan untuk menemui Nabi Nuh dan memerintahkannya untuk mengusap dahibseekor gajah. Setelah itu, Nabi Nuh mengusap dahi seekor gajah yang ada didepannya. Dengan kuasa Allah SWT, maka keluarlah sepasang babi dari belalai gajah itu. Semua isi kapal kehairanan menyaksikan kejadian itu. Tanpa berlengah, pasangan babi itulah yang menyapu semua kotoran di dalam kapal tersebut kerana demikianlah makanan mereka. Maka dengan itu selesailah permasalahan kebersihan kapal itu.

Setiap sesuatu yang diciptakan pasti ada hikmahnya. Baik atau buruk sesuatu itu bergantung kepada manusia ini yang dikurniakan akal fikiran untuk menguruskan segala yang diciptakan di bumi ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dariNya, yang lemah itu datang dari Si Dewi sendiri ya :) Salam Jumaat!

Permulaan

Dah tiga tahun. Berhenti menulis. Tahun baru, terasa nak menulis kisah hidup baru. Kenapa? Saja. Sekadar mengisi masa terluang. Bosan? Jangan baca. Sudah kuberi amaran bukan? Jangan menyesal :) Aku siapa? Kenali aku si Dewi. Sekarang tahun ke-empat. Jurusan kejuruteraan marin universiti tempatan. Tinggal lagi satu sem saja lagi. Berusahalah ya. Biar berbaloi sikit empat tahun tu. Road to graduation day pray for me! Lastly, ayat klise, 2016 please be nice to me :)